Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) telah ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1984 mengikut kuasa yang diberi oleh Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. Perbadanan ini ditubuhkan di atas nasihat Panel Pelaburan dengan kelulusan Menteri Pertahanan dan persetujuan Menteri Kewangan. Perintah ini telah diwartakan dan berkuatkuasa mulai 26 Januari 1984.
VISI :
Menjadi antara organisasi terkemuka dalam industri pembangunan dan pembinaan yang khusus dalam pemasangan dan gabungan teknologi bidang pertahanan.
MISI :
Untuk memberikan pulangan dividen yang positif dan berterusan kepada LTAT.
Fungsi-fungsi Perbadanan mengikut Perintah ini ialah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
i) Apa-apa bentuk aktiviti perniagaan berhubung dengan pengambilan, pembelian,pemilikan, penyewaan, pemajakan, pembinaan, pembangunan dan penjualan harta-harta; dan
ii) Apa-apa bentuk aktiviti perniagaan berhubung dengan membekal perkhidmatan, pengurusan dan pembiayaan